Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Majlis kerana memberi
peluang kepada saya untuk merakamkan sepatah dua kata dalam laman web
ini. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan atas kejayaan
Majlis Daerah Simunjan atas kejayaan mereka membangunkan Laman web ini.
Usaha dan kejayaan membangunkan Laman Web ini membuktikan kepekaan
pihak Majlis terhadap perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) semasa. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa ICT telah
memainkan peranan yang penting dalam membangunkan sesebuah negara.
Tindakan Majlis membangunkan Laman Web ini adalah
bertepatan dan sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan
Kerajaan Elektronik dan masyarakat yang celik IT.Dengan adanya Laman
Web ini, saya berharap akan dapat memberi maklumat dan dimanafaatkan
oleh semua lapisan masyarakat.
Akhir kata, saya berharap pihak Majlis akan terus
berusaha ke arah pembangunan Laman Web ini agar dapat menyampaikan
maklumat yang berguna dan terkini kepada masyarakat.
Sekian, terima kasih.
EN. ZAINUL ABIDIN BIN HAJI HUSSAIN
Pengerusi,
Majlis Daerah Simunjan
Merangkap
Pegawai Daerah Simunjan.
Laman Utama