Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
 BM  | EN
Kemaskini Pada: 28 Mei 2017
Versi 8.0.1
PerpustakaanPerpustakaan

PERPUSTAKAAN AWAM

  • Memberi perkhidmatan pinjaman dan rujukan.
  • Menyediakan koleksi bahan bacaan untuk semua golongan iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa
  • Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran
  • Memperluaskan penggunaan celik IT di kalangan penduduk Daerah Simunjan

SENARAI PERPUSTAKAAN AWAM DAN DESA

  1. Perpustakaan Awam Simunjan
  2. Perpustakaan Desa Gedong
  3. Perpustakaan Desa Kesindu
  4. Perpustakaan Umum Sebuyau
  5. Perpustakaan Desa Sebangan

PERATURAN - PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI OLEH PENGGUNA PERPUSTAKAAN

  1. Perpustakaan ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Simunjan.
  2. Perpustakaan ini adalah di bawah seliaan kakitangan perpustakaan/mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa oleh pihak pentadbiran sahaja.
  3. Hanya ahli yang berdaftar sahaja dibenarkan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak perpustakaan seperti :-
  4. 3.1 Pinjaman buku
    3.2 Penggunaan komputer
  5. Ahli perpustakaan wajib memperbaharui keahlian setahun sekali dan kad keahlian tidak dibenarkan untuk ditukar hak milik
  6. Tidak dibenarkan membawa keluar buku perpustakaan tanpa kebenaran daripada pegawai perpustakaan.
  7. Ahli perpustakaan hanya boleh meminjam buku sebanyak
  8. 7.1 Dewasa : 2 buah buku sahaja
    7.2 Remaja : 1 buah buku sahaja
    7.3 Kanak-kanak : 1 buah buku sahaja
  9. Tempoh peminjaman buku adalah dihadkan selama 7 hari bekerja.
  10. Buku yang dipinjam hendaklah dikembalikan sebelum tarikh yang ditetapkan dan peminjam akan didenda 10 sen sehari jika berlaku kelewatan penghantaran buku.
  11. Ahli yang menghilangkan buku yang dipinjam wajib menggantikannya dengan membayar mengikut harga yang tertera pada buku tersebut.
  12. Tidak sesiapapun dibenar melakukan perkara berikut pada buku di perpustakaan awam Simunjan seperti :-
    ( Merosak, Memotong, Mencarik, Menggaris, Menanda, Mencatat, Menampal pelekat atau notis dan sebagainya.)
  13. Tidak sesiapapun dibenar melakukan perkara berikut di perpustakaan awam Simunjan seperti :-
    ( Membuat bising, merosak harta benda perpustakaan, menghalang pegawai perpustakaan menjalankan tugas, merokok, membawa binatang, makan atau minum dan sebagainya )
  14. Pihak majlis tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang-barang peribadi pengunjung
  15. Tidak sesiapapun dibenarkan untuk masuk/tinggal sekiranya menghidap penyakit berbahaya atau penyakit berjangkit.
  16. Tidak sesiapapun dibenarkan makan dan baring di atas kerusi, meja atau lantai di dalam perpustakaan.
  17. Tidak sesiapapun dibenarkan berada dalam kawasan atau ruangan pegawai yang bertugas.
  18. Pihak majlis boleh menutup perpustakaan pada bila-bila masa dengan mengeluarkan notis untuk dipaparkan di luar perpustakaan.

( Segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak Majlis ini hendaklah sentiasa dipatuhi oleh semua pengguna perpustakaan )