Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
 BM  | EN
Kemaskini Pada: 23 Apr 2017
Versi 8.0.1
Penilaian & KadaranPenilaian & Kadaran

FUNGSI BAHAGIAN PENILAIAN DAN KADARAN

  • Menjana Hasil untuk Majlis Daerah Simunjan
  • Memastikan setiap pegangan di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Simunjan diukurperiksa, dinilai dan dikenakan cukai taksiran termasuk levi ( estet perladangan kelapa sawit )
  • Membuat penilaian dengan adil dan saksama

 

APAKAH ITU CUKAI TAKSIRAN ?

Cukai taksiran adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Simunjan 

SIAPAKAH PEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN ?

Jika anda mempunyai rumah, rumah kecil, hotel, stesen servis atau pegangan berkadar yang lain yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Majlis, anda akan dikenakan cukai taksiran. Sekiranya anda menduduki bangunan atas tanah tanpa dokumen hak milik berasingan atau tanah yang dirizabkan untuk sesuatu maksud awam, anda juga perlu membayar cukai taksiran.

KENAPA DIKEHENDAKI MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN ?
Kutipan dari cukai taksiran adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat seperti penyelenggaran jalan taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan tempat kemudahan awam. Kemudahan-kemudahan tersebut biasanya tidak dapat disediakan oleh sektor swasta kerana penyediaan kemudahan-kemudahan tersebut tidak mendatangkan keuntungan.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN NILAI TAHUNAN ?
Nilai tahunan ( istilah sah yang terdapat dalam bil cukai taksiran ) bererti anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika disewakan, dengan tuan tanah membayar belanja bagi pembaikan insurans, penyelenggaran atau pemeliharaan dan segala kadar dan cukai awam. Cukai tahunan yang anda bayar dikira dengan mengenakan peratusan ke atas Nilai peratusan ini telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan telah di wartakan.

Contoh ( Rumah kembar 2 tingkat )

Nilai Tahunan   = RM 1,700.00
Peratusan Kadaran = 24.5%
Cukai Tahunan = RM 1,700 X 24.5%

= RM 416.50

BILA MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN ?

Dalam bil cukai taksiran, anda akan diberi tarikh akhir pembayaran. Anda dikehendaki membayar sebelum tarikh tersebut. Jika anda tidak menerima bil cukai taksiran, anda hendaklah datang ke kaunter Majlis untuk memohon bil salinan.

 

   Kawasan    Tempoh    Tarikh Akhir Pembayaran
   Kawasan Bandar    Jan-Jun    31 Mei
   Jul-Dis    30 October
   Kawasan Luar Bandar    Jan-Dis    30 October

 

DIMANAKAH BOLEH MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN ?

  • Pejabat Majlis Daerah Simunjan
  • Pejabat Kecil Gedong MDS
  • Pejabat Kecil Sebuyau MDS

Pembayaran boleh dibuat dengan wang tunai, cek, kiriman wang atau kiriman pos kepada Majlis Daerah Simunjan. 

 

APAKAH TANGGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI SEORANG PEMBAYAR CUKAI ?

Adalah penting bagi pembayar cukai taksiran membayar cukai taksiran sebelum tarikh akhir pembayaran. Dengan berbuat demikian, Majlis akan dapat mempertingkatkan mutu servis dan kemudahan awam yang disediakan.

  • Membayar cukai taksiran sebelum tarikh akhir pembayaran
  • Memberitahu Majlis jika terdapat pertukaran alamat pos
  • Membekalkan alamat peti surat pos jika ada.
  • Memberitahu Majlis secara bertulis jika terdapat pertukaran hakmilik serta menyampaikan salinan memorandum pindahan atau dokumen hakmilik terakhir.
  • Memberitahu mengenai pemindahan hakmilik dalam borang F yang boleh didapati dari pejabat Majlis
  • Memeriksa dan menjelaskan sebarang cukai taksiran kepada Majlis sebelum pertukaran hakmilik berlaku
  • Memberitahu Majlis melalui surat-menyurat jika bangunan diubahsuai atau dirobohkan.
  • Memberitahu Majlis secara bertulis jika ingin memohon pengurangan cukai taksiran atas sebab bangunan anda tidak diduduki.
  • Memberi kerjasama kepada pegawai Majlis apabila pegangan diperiksa untuk tujuan cukai taksiran
  • Memberitahu Majlis secara bertulis jika telah mendirikan bangunan tanpa pelan bangunan

 

MENGAPA CUKAI TAKSIRAN SAYA BERBEZA DARIPADA JIRAN SAYA ?

Perbezaan nilai cukai taksiran adalah disebabkan oleh :-

  • Jenis bangunan
  • Keluasan lantai
  • Lokasi
  • Bahan-bahan pembinaan
  • Pengunaan


APAKAH SAYA LAYAK MENERIMA REBAT JIKA BANGUNAN SAYA TIDAK DIDIAMI ?

Anda hendaklah memberi notis kepada pihak Majlis dalam masa 14 hari jika bangunan anda kosong dan tidak didiami. Anda akan layak diberi rebat jika segala syarat dalam peraturan 5 & 6 terkandung dalam peraturan ( Kadaran ) Pihak Berkuasa Tempatan 1997 dipatuhi.