Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
 BM  | EN
Kemaskini Pada: 24 Jul 2017
Versi 8.0.2
Perutusan PengerusiPerutusan Pengerusi

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Majlis kerana memberi peluang kepada saya untuk merakamkan sepatah dua kata dalam laman web ini. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan atas kejayaan Majlis Daerah Simunjan atas kejayaan mereka membangunkan Laman web ini. Usaha dan kejayaan membangunkan Laman Web ini membuktikan kepekaan pihak Majlis terhadap perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semasa. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa ICT telah memainkan peranan yang penting dalam membangunkan sesebuah negara.

Tindakan Majlis membangunkan Laman Web ini adalah bertepatan dan sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan Kerajaan Elektronik dan masyarakat yang celik IT.Dengan adanya Laman Web ini, saya berharap akan dapat memberi maklumat dan dimanafaatkan oleh semua lapisan masyarakat.

Akhir kata, saya berharap pihak Majlis akan terus berusaha ke arah pembangunan Laman Web ini agar dapat menyampaikan maklumat yang berguna dan terkini kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih.

 

EN. ABD. KHALID B. MANAP
Pengerusi Majlis Daerah Simunjan
Merangkap
Pegawai Daerah Simunjan