Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
 BM  | EN
Kemaskini Pada: 18 Jun 2018
Versi 8.0.4b
Jambatan Batang Sadong mula diguna awal Oktober
Tarikh : 15 Sep 2016  Sumber Berita: Artikel BERNAMA - Gambar Pejabat Residen Samarahan
 
Tarikh 29 Aug 2016

  

ASAJAYA: Jambatan Sungai Batang Sadong sepanjang 1.48 kilometer berharga RM211.3 juta dijangka dibuka untuk kegunaan umum menejalng minggu pertama Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

 

Beliau berkata pembinaan jambatan terpanjang menyeberangi sungai di Malaysia itu dimulakan pada 5 Julai 2012 kini 98.52 peratus siap, lebih awal daripada yang ditetapkan dan jadual sepenuhnya pada 4 Oktober depan.

 

“Apabila siap kelak, jambatan itu semestinya memberi keselesaan  kepada penduduk Simunjan dan Sebuyau untuk berulang-alik ke Bandar Kuching seajuh kira-kira 80 kilometer, katanya ketika meninjau perkembangan pembinaan jambatan itu di Kampung Sungai Buluh, kira-kira 80 km dari Kuching, semalam.

 

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, berkata pembinaan jambatan berkenaan diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2011 ketika lawatan beliau ke kawasan Batang Sadong.

 

“Saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana meluluskan projek yang amat dinantikan oleh rakyat di kawasan ini serta pihak Jabatan Kerja Raya kerana bersungguh-sungguh untuk memastikan projek ini disiapkan mengikut jadual,” katanya.

 

Di samping itu, Nancy berkata pembinaan jambatan itu juga memendekkan perjalanan dari Kuching ke Sibu kira-kira 2 jam setengah berbanding lapan jam sekarang.

 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya Aidel Lariwoo yang turut hadir mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan projek berkenaan yang sudah tentu memberi kesenangan kepada rakyat di kawasan beliau.

 

“Kesabaran penduduk di sini mengunggu pelaksanaan projek jambatan ini amat dihargai,” katanya, dan menambah, ia satu lagi bukti kerajaan menunaikan janjinya kepada rakyat.

 

 

Sumber BeritaArtikel BERNAMA - Gambar Pejabat Residen Samarahan