Majlis Daerah Simunjan adalah agensi di Bawah Kementerian Alam sekitar dan
kesihatan Awam Sarawak, Oleh itu Skop perlaksanaan MS ISO 9001:2000 adalah
merangkumi semua 20 buah Majlis Daerah di seluruh Sarawak. Pelancaran
Perlaksanaan telah diadakan serentak pada 29 November 2007 di Dewam Masyarakat
Majlis Daerah Serian. Perlancaran itu telah di rasmikan oleh Yang Berhormat
Datuk Michael Manyin ak Jawong, Menteri Alam sekitar dan kesihatan Awam Sarawak.
VISI
Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak(KASKA) akan menjadi agensi
peneraju yang menggerakkan agensi dibawah bidangkuasanya ke arah menjadikan
Sarawak negeri Maju pada tahun 2015.
MISI
Ke arah mencapai visi tersebut, KASKA berhasrat untuk menerajui Pihak Berkuasa
Tempatan Menjadi agensi yang responsif, dinamik dan mempunyai kewangan yang
kukuh agar dapat melaksanakan kewajipan mereka berdasarkan amalan pengurusan
bestari.
MOTO
Bersatu Berusaha Berbakti
__________________________________________
Back to Top
PIAGAM PELANGGAN
i. Melayan aduan yang realistik dalam tempoh tidak melebihi
tiga(3) hari.
ii. Kelulusan lesen akan diproses dalam masa
dua(2) minggu sebaik sahaja diluluskan oleh Jawatankuasa yang berkaitan.
iii. Permohonan pertukaran hak milik harta akan
diproses dalam masa satu(1) minggu dengan syarat ianya dipersetujui oleh semua
pihak yang terlibat dan disahkan oleh ketua Masyarakat/Ketua Kaum.
iv. Premis makanan dan minuman yang dilesenkan akan
diperiksa sekurang-kurangnya sekali setahun.
v. Pelan Bangunan diluluskan dalam tempoh 45 hari
bekerja dengan disertakan dokumen-dokumen yang lengkap dan mendapat kelulusan
dari agensi-agensi yang berkaitan.
vi. Pembayaran pesanan barang/kerja akan dibayar dalam
tempoh empat belas(14) hari bekerja)sebaik sahaja semua butiran pembayaran
diterima.
vii. Permohonan kutipan sisa pepejal yang baru akan
diproses dalam masa satu(1) minggu dalam kawasan perkhidmatan sedia ada.
viii. Setiap urusan pinjaman dan pemulangan buku akan
dilakukan dalam tempoh tiga(3) minit kecuali waktu sesak.
________________________________________
Back to Top
SKOP PERLAKSANAAN
Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam akan memastikan
perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di Pihak Berkuasa Tempatan yang merangkumi
perkara-perkara berikut :-
PENGURUSAN SISA-SISA PEPEJAL
a. Menerima Permohonan dan mengenalpasti kawasan.
b. Kutipan.
c.Pelupusan.
Sebutharga/Tender Perkhidmatan Sisa Pepejal.
KAWALAN BANGUNAN.
a. Penerimaan dan kelulusan pelan bangunan.
b. Proses Kelulusan Permit Kerja Sementara/permulaan kerja.
c.Proses Pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki.
PERKHIDMATAN PINJAMAN BUKU.
a. Pinjaman Buku Biasa.
b. Pemulangan Buku.
c.Pinjaman Buku Secara Berkelompok.
PENILAIAN DAN KADARAN.
a. Ukur Periksan Pegangan Berkadar.
b. Notis Pindaan Senarai Nilaian.
c.Mencetak Bil Cukai Taksiran.
PELESENAN.
a. Menerima Permohonan Lesen.
b. Pemeriksaan Premis.
c.Pengeluaran Sijil Lesen.
d. Pembaharuan Lesen.
Back to Top