LAMAN UTAMA
 PERUTUSAN
 ORGANISASI
 FUNGSI MAJLIS
 KEMUDAHAN AWAM
 MS ISO 9001: 2000
GALERI FOTO
MUAT URUN BORANG
NEWS & EVENTS[+]
 Tought of the day[+]
Fungsi dan Perkhidmatan

Fungsi dan tugas Majlis adalah sepertimana yang tertera di bawah Ordinan Majlis Tempatan, Ordinan Kesihatan Umum dan mana-mana Undang-undang Kecil yang relevan atau peraturan yang dibuat di bawahnya. Perlaksanaan Fungsi ini akan dilaksanakan melalui pelbagai Bahagian dalam struktur Majlis:

 Bahagian Pentadbiran

Pentadbiran Am Majlis Secara Keseluruhan

Urusan dan Hal-ehwal Ahli Majlis

Pengendalian Aduan Awam

Pengurusan Sumber Manusia

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 Bahagian Kesihatan Awam dan Penguatkuasa

Perkhidmatan pembersihan bandar termasuk pembuangan sampah-sarap, pembetungan dan lain-lain.

Kebersihan alam sekitar, kebersihan permis makanan dan minuman, gerai-gerai penjaja, pasar dan rumah sembelih.

Menyedia dan meyelenggara pasar (Market) untuk kegunaan awam, pusat penjaja serta mengeluarkan lesen-lesen yang berkaitan.

Sebagai Pihak Berkuasa mengeluarkan lesen untuk perniagaan yang dijalankan di bawah kawasan jagaanya seperti kedai makanan dan minuman, kilang makanan, pasar dan penjaja, menyimpan dan penjualan minyak petrol, pusat-pusat hiburan, kedai gunting rambut dan saloon, hotel dan rumah tumpangan serta mengeluarkan lesen untuk basikal, kereta-tarik, anjing dan lain-lain.

Menghendaki mana-mana orang awam yang melakukan kacauganggu untuk patuh kepada arahan atau notis dan untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya seseorang yang melakukan kesalahan enggan mematuhi notis atau arahan.

Mengawasi kegiatan pengiklanan dan aktiviti di pusat-pusat hiburan di sekitar bandar.

Kawalan Vektor dan Kesihatan Awam

 Bahagian Kerja Raya

Pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya, perparitan, pembetungan dan pembekalan lampu jalan.

Penyediaan kemudahan awam seperti taman, tempat permainan kanak-kanak, padang sukan, tempat-tempat rekreasi dan lain-lain.

Menyedia dan menyelenggarakan rumah Temuai (Native Resthouse) di tempat tertentu di bawah pentadbiran.

 Bahagian Penilaian dan Kadaran

Menilai dan membuat kadaran harta benda di dalam kawasan pentadbirannya.

Sebagai pihak berkuasa meluluskan pembinaan bangunan dan jalan-jalan tertentu di dalam lingkungan kawasan pentadbirannya.

 Bahagian Perbendaharaan

Mengutip hasil melalui Perbendaharaan Majlis bagi pelbagai perkhidmatan yang disediakan.

Pengurusan Akuan dan Aset Majlis

 Bahagian Perpustakaan

Menyedia dan menyelenggarakan perpustakaan awam.

..Laman Utama....

Alamat:
Majlis Daerah Simunjan
Lot 805,
Gunung Ngeli New Service Center,
94800 Simunjan,
Sarawak, Malaysia.
Hubungi kami:
Tel: 6082-803610, 803622
Email:bilonge@sarawaknet.gov.my
Website:http://www.simunjandc.sarawak.gov.my
SITE BY webMaster@simunjan D.C.