LAMAN UTAMA
 PERUTUSAN
 ORGANISASI
 FUNGSI MAJLIS
 KEMUDAHAN AWAM
 MS ISO 9001: 2000
GALERI FOTO
MUAT URUN BORANG
NEWS & EVENTS
 Mini Funfair Sebuyau[+]
 Notis Cukai[+]
 Tought of the day[+]
Latarbelakang Majlis

SELAMAT DATANG

Majlis Daerah Simunjan (MDS) adalah sebuah Penguasa Tempatan yang di bawah bidangkuasa Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Negeri Sarawak.

Majlis Daerah Simunjan telah ditubuhkan pada tahun 1957 mengikut "Local Authority Ordinance (Cap.117". Pada asalnya nama sebenar Majlis Daerah Simunjan adalah ‘Lower Sadong District Council’ Majlis Daerah Hilir Sadong dan nama majlis ini ditukar kepada nama baru pada tahun 1983 kepada Majlis Daerah Simunjan. Lima kawasan utama iaitu Daerah Simunjan, Daerah Kecil Sadong Jaya, kawasan Gedong, Sebangan dan Daerah Kecil Sebuyau. Daerah Kecil Sebuyau telah diamblialih daripada Sri Aman pada tahun 1989.

Majlis Daerah Simunjan mempunyai luas kawasan 2,3277 km persegi. Daerah Simunjan 1.370.15 km persegi, Sadong Jaya 332.48 km persegi dan Daerah Kecil Sebuyau mempunyai luas kawasan 625.07 km persegi.

Pasar Simunjan merupakan pusat pentadbiran utama Daerah Simunjan di mana terletaknya semua pejabat-pejabat kerajaan. Selain itu pihak Majlis Daerah Simunjan juga mempunyai pejabat kecil di Sebuyau, Gedong dan Sadong Jaya. Walau bagaimanapun Daerah Sadong Jaya yang seluas 332-48 km persegi telah diserah kepada Majlis Daerah Kota Samarahan mulai 1hb. Januari, 2001.

Penduduk Simunjan yang seramai 56,500 (mid-year) Population Estimate year 2000 terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Iban dan Cina.

Kegiatan utama penduduk Simunjan adalah mengikut rupa bentuk alam, iaitu untuk bahagian pantai termasuk di sepanjang sungai Batang Sadong, sebelah utara Daerah Simunjan merupakan kawasan persisiran pantai dan terletak Daerah Kecil Sadong Jaya, Sebangan dan Sebuyau dan bersempadan dengan Daerah Kota Samarahan dan Sri Aman.

Di sebelah selatan merupakan kawasan hulu Simunjan di mana kawasan Daerah Simunjan melintasi jalan lebuh raya Borneo mulai dari Kampung Telagus bersempadan dengan Serian ke Kampung Sabal Kruin dan bersempadan dengan Daerah Sri Aman dan sebelah Selatan bersempadan dengan banjaran Klingkang (kroke range) kawasan Kalimantan Barat Indonesia. Perhubungan utama bagi penduduk yang tinggal di pendalaman kawasan Selatan ini pada masa dahulu ialah pengangkutan sungai iaitu Sungai Simunjan yang bermuara di Pasar Simunjan, hilir ke Batang Sadong, maka dengan ini keutamaan bagi penggerak ekonomi penduduk, untuk membawa dan mendapat keperluan bekalan.

Pengangkutan jalan raya bagi kawasan Simunjan buat masa sekarang ialah pengangkutan menggunakan jalan raya yang dibina dalam tahun 1976 bermula di persimpangan km 112 jalan Kuching/Sri Aman. Jalan masuk ke Pasar Simunjan adalah sejauh 55 km melalui jalan yang telah diturap sepenuhnya. ..Laman Utama....

Alamat:
Majlis Daerah Simunjan
Lot 805,
Gunung Ngeli New Service Center,
94800 Simunjan,
Sarawak, Malaysia.
Hubungi kami:
Tel: 6082-803610, 803622
Email:bilonge@sarawaknet.gov.my
Website:http://www.simunjandc.sarawak.gov.my
SITE BY webMaster@simunjan D.C.