Majlis Daerah Simunjan (MDS) adalah sebuah Penguasa
Tempatan yang di bawah bidangkuasa Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan
Awam Negeri Sarawak.
Majlis Daerah Simunjan telah ditubuhkan pada tahun 1957
mengikut "Local Authority Ordinance (Cap.117". teruskan
PERHATIAN 
Penduduk Simunjan di nasihatkan supaya menjaga kebersihan kawasan kediaman dengan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes
daripada terus membiak. Ini berikutan peningkatan kes demam denggi di Malaysia yang meningkat dari masa ke semasa. Untuk pengetahuan penduduk, nyamuk akan membiak dalam air yang bertakung lebih dari 7 hari.
Dengan itu penduduk di nasihatkan supaya berwaspada dengan ancaman serangga pembawa maut ini. Jagalah kesihatan anda. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia klik di sini